Gelombang Minda
Minda mempunyai gelombang yang pelbagai.
Antara yang selalu dibincangkan ialah Beta, Alpha, Tetha dan Delta.
Minda kita juga mengeluarkan gelombang atau boleh saja kita katakan
di sini boleh mengeluarkan signal.
Minda separa sedar sentiasa mengeluarkan signal setiap saat tanpa
kita sedari. Lihat contoh ini; A terfikirkan kawan rapatnya yang
sudah tidak berhubung lebih dari 6 bulan. Selang beberapa minit
kawan A tadi menelefon dan mengatakan bahawa dia teringatkan A lalu
mengambil keputusan untuk menghubunginya.
Apa yang berlaku ialah semasa A terfikirkan kawannya itu gelombang
yang terpancar kepada B, B kemudiannya menerima dan menterjemahkan
dengan baik lalu menelefon A.
Informasi
Pernah tak kita rasa tidak selesa dengan seseorang yang berfikiran
negatif. Tenaga negatif yang ada pada orang itu terpancar
dan kita menerima lalu kita merasa tidak selesa.
Maka, jika kita boleh mengeluarkan gelombang, maka otak kita
sebenarnya mempunyai aktiviti-aktiviti tersendiri seperti aktviti
gelombang Beta, Alpha, Tetha dan Delta. Bagaimanakah De Sound menggunakan gelombang ini untuk mengubah separa minda
kita.
Gelombang minda membenarkan pengubahan minda dilakukan di bilik
minda separa sedar. Beta ada keadaan gelombang minda di dalam
sedar, manakala Alpha, Tetha dan Delta adalah gelombang minda
separa sedar. Minda separa sedar memprogramkan minda separa
sedar.
De Sound
Menggunakan
gelombang Alpha dan Tetha, bergantung kepada jenis produk. Apa yang
berlaku ialah De Sound akan mengubah aktiviti minda kepada
gelombang Alpha atau Tetha. Apabila minda sudah berada di bawah
Alpha atau Tetha, dan dengan bantuan muzik atau bunyian yang ada,
minda separa sedar diprogramkan semula.
Jadi, rakaman
yang ada di minda separa sedar boleh diganti dengan rakaman yang baru.
Sebagai contoh; jika kita selalu berfikiran negatif maka fikiran
negatif ini boleh diubah menjadi fikiran postitif.